Wednesday, April 2, 2008

TESTIMONI 3

1. LUMPUH SEBELAH BADAN AKIBAT STROK

Julai 1996, Noraliah diserang sakit kepala yang kuat, kaki dan tangan kirinya tiba-tiba menjadi lemah. Tangan kirinya hilang upaya, hilang fungsi tiba-tiba. Kuih yang cuba disuapkan ke mulut jatuh ke lantai. Lantas beliau dibawa ke klinik Dr. Julidar di Kajang. Beliau diberi Pain Killer, FemCare dan Natural Lingzhi. Selepas 2 hari, Noraliah merasakan ada perubahan pada tangan dan kaki kirinya. Ia mula terasa panas dan boleh digerakkan sedikit.

Seminggu kemudian, Noraliah sudah boleh berjalan dengan baik. Noraliah merasakan badannya kini lebih kuat, bertenaga dan lebih sihat. Kekuatan tenaga pada badan dan kaki kirinya telah kembali normal. Kini beliau yakin, produk Natural Lingzhi dan FemCare yang diambilnya merupakan ikhtiar yang cukup berkesan merawat penyakitnya. Bagi mengekalkan kesihatannya, produk itu kini menjadi rakannya.



2. 10 TAHUN HIDAP SAKIT KULIT. "KINI SAYA PULIH......"

Sejak 10 tahun lalu, Hj, Senudin mengidap penyakit kulit Psoriasis yang serius. Masalah yang pada mulanya disangka ringan rupa-rupanya melarat. Bertahun-tahun beliau mencari penawarnya. Bukan sahaja suntikan dari klinik malah beliau juga mencuba rawatan tradisional. Segenap ceruk rantau dijelajahi tetapi penyakitnya semakin teruk dari hari ke hari.

Anak buahnya kemudian menyarankan beliau mengambil Natural Lingzhi dan MaleCare. Namun tindakbalas akibat pengambilan produk amat serius sehingga Hj. Senudin hampir putus asa dan ingin berhenti. Namun atas nasihat Dr. Julidar , beliau meneruskan pengambilan produk itu yang akhirnya membuahkan hasil yang sangat menakjubkan. Kulit yang bermasalah mula kering dan sembuh. Tiada tanda-tanda masalah baru akan timbul. Hj. Senudin begitu bersyukur kepada tuhan kerana penderitaannya selama 10 tahun sudah berakhir.

0 comments: