Syarikat ingin memanfaatkan sumber modal insan yang berpotensi ini untuk dibangunkan secara terancang dan berfokus. Limpahan siswazah dalam pasaran sekarang dianggap masalah sosial yang dikaitkan dengan pengangguran. Hi-Bloom melihat ia sebagai satu peluang untuk dibangunkan secara positif.Melalui PUSH para siswazah akan memulakan program bekerja dan terus belajar di mana mereka yang memilih untuk menjadi usahawan sebagai kerjaya (sepenuh masa) akan melalui proses belajar dan meningkatkan kemahiran mereka. Hi-Bloom menyediakan program latihan untuk pemajuan diri dan pemajuan kerjaya secara terancang dan berterusan. Melalui projek ini para siswazah disediakan peluang kerjaya dengan jangkaan pendapatan minima RM1,500.00 sebulan. Mereka yang bersedia untuk memberikan komitmen, kesungguhan, kerja keras dan berkemahuan tinggi, akan memperolehi pendapatan yang tiada had, kerana kerjaya ini adalah bisnes sendiri.
No comments:
Post a Comment