Monday, July 16, 2007

Salam Pertama......


Selamat datang ke Hi-Bloom Worldwide Network Sdn. Bhd. Di sini kami mempunyai visi mudah, iaitu untuk berkongsi dua perkara dominan, kesihatan dan kemakmuran (healthy & wealthy). Di Hi-Bloom Worlwide, kami menyediakan satu formula praktikal untuk mencapai kesihatan dan kemakmuran.

Kenapa sihat dan makmur dijadikan matlamat? Kerana hakikatnya itulah yang kita dambakan dalam kehidupan ini, iaitu hidup sihat dan hidup makmur. Kita perlukan kesihatan agar kita dapat menghayati hidup ini dengan sejahtera dan bahagia. Sebaliknya apabila hidup tidak sihat, segala-segalanya menjadi tidak bermakna. Harta kekayaan dan kemakmuran ekonomi juga tidak bermakna apabila hidup tidak sihat. Kesihatan akan memacu kita berusaha dan maju dalam kehidupan, kerana setiap orang impikan kehidupan yang makmur, serba cukup dan sempurna dari segi ekonomi. Kebebasan atau kemerdekaan ekonomi adalah impian setiap orang, kerana kekuatan ekonomi yang akan memnjadi tunjang kepada kemakmuran. Alangkah baiknya jika kedua-duanya, iaitu kesihatan dan kemakmuran bergabung, maka kehidupan akan menjadi sempurna. Hidup sihat dan makmur.


Marilah kita bersama-sama berusaha memperolehi kesihatan dan kemakmuran melalui satu permulaan yang berkesan, iaitu kemahuan, kesedaran dan kesunguhan untuk melakukan yang terbaik. Di sini, kami menyediakan prasarana yang mencukupi untuk anda melangkah ke arah cita-cita anda. Kami ingin berkongsi maklumat, pengalaman dan kemahiran yang ada untuk membolehkan anda memajukan diri masing-masing, kerana kami yakin hanya dengan berkongsi, kita mampu berkembang dan maju. Di sini kita bergerak secara muafakat kerana muafakakt membawa berkat. Pepatah mengatakan bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, ke gunung sama mendaki, ke lurah sama dituruni, bagai aur dengan tebing.

No comments: